Sunday, March 8, 2009

sfuf

cubaan pertama

bahan-bahan:

2 1/4 cawan tepung
1 cawan gula halus
2 cawan badam
1 cawan bijan
1/2 cawan madu
8 sudu butter
1/2 sudu besar serbuk kulit kayu manis
garam

cara-cara
  1. masak tepung sampai coklat. masukkan dalam oven, 180 celcius selama 45 minit. kacau setiap 5 minit.
  2. badam & bijan dimasak sampai rangup. 15 hingga 20 minit. kalau nak senang, masuk oven.
  3. bahagikan badam & bijan tersebut. 2/3 daripadanya dikisar halus, 1/3 daripadanya dikisar kasar.
  4. masukkan tepung, kisaran badam & bijan, kulit kayu manis, gula halus dan garam di dalam satu bekas besar. gaul sebati.
  5. cairkan butter dan campurkan ke dalam bekas tersebut.
  6. masukkan madu. gaul rata.
siap~
p/s:
-kuantiti madu boleh diubahsuai ikut suka, kalau tak nak manis, boleh kurangkan.
-kalau tak nak lembab sangat, boleh kurangkan butter.
-hati-hati semasa masak tepung, jangan sampai hangit. =D

sfuf merupakan makanan manisan di Morocco. mengikut adat, sfuf akan diberi pada tetamu pada majlis akikah. ia juga mudah didapati ketika bulan Ramadhan di rumah-rumah arab.

oh ye.. sebenarnya resepi sebenar sfuf ni saya tak jumpa lagi. hari tu search2 kat tenet, jumpa resepi sellou.(di atas merupakan resepi SELLOU yang telah diubahsuai sbb tak jumpa bahan.. hehe..) so.. nanti bila da berjaya buat sfuf yang betul2 cam arab buat, insyaAllah akan dipost.
~adakah SFUF & SELLOU merupakan satu benda yang sama?
entah... saya pun konfius..

sfuf yang dihidang di rumah pensyarah saya
(sure la arab Morocco)

cubaan ke 2, better than before but tetap tak dapat setaraf dgn sfuf yang arab buat

terlebih cahaya lak gambar ni. ha.. ni je baki sfuf yang tinggal..
tak jadi pun cepat gak habis.. hehe...

No comments:

Post a Comment