Wednesday, July 31, 2013

Sesi pembersihan sawang!

Assalamualaikum...
-
-
-
-
-
-
-
Wassalam....
(Dah bersih lom agak2?)

Friday, May 15, 2009

Basic Muesli Slice


Bahan-bahan:
  • 2 cawan oat (tak letak sebab tak ada.. so, automatik x jadi sangat la sbb ni bahan utama)
  • 2 cawan bijirin a.k.a cereal (ikut la nak letak apa-apa pun. cornflakes, cheerios, cocoa pops, rice bubbles & mcm2 lg. better guna 2 @ 3 jenis utk memeriahkan lagi rasa)
  • 60 gram kekacang yang dipotong kecil. (walnut, kacang, almond... ikut la apa2 pun..)
  • 50 gram buah-buahan kering (kismis, apricot, kurma.. ikut selera masing-masing)
  • 1/4 cawan coklat chip.
  • 150 gram mentega
  • 1/4 - 1/2 cawan madu
  • 1/4 cawan gula perang (gula gula biasa pun x pe kot)
cara-cara:
  1. panaskan mentega & madu hingga cair.
  2. campurkan dan gaul kesemua bahan kering.
  3. curah mentega yang telah dicairkan tadi.
  4. gaul sebati.
  5. masukkan dalam oven.
  6. masak hingga keperangan.

Wednesday, May 13, 2009

tiramisu


Bahan-bahan

  • 200gm whipping cream(gune fresh cream je)
  • 250gm cream cheese
  • 30ml susu segar
  • 80gm gula icing (sy gune gula bese je)
  • beberapa keping biskut(gune je biskut ape2..xpon gune kek span..)
  • Serbuk koko secukupnya
  • air kopi ( tp sy gune air nescafe..ehehe..ltak gula..wat cm nk minum air tu )


Cara membuatnya

1. Pukul whipping cream sehingga kental. Ketepikan..

2. Putar cream cheese hingga lembut. .

3. Masukkan susu dan gula kdalam cream cheese. Putar lagi hingga ringan..

4. Campurkan whipping cream dengan dengan cream cheese, kacau rata..

5. Celupkan biskut ke dalam air nescafe.. Susun beberapa keping dalam mangkuk kaca..

6. Ratakan separuh campuran krim..

7.Ayak serbuk koko diatasnya. Ulang langkah 5 hingga 7 sehingga habis biskut dan krim..

selamat mencuba..


Sunday, March 22, 2009

strawbery cream


bahan2:
250 fresh cream
yogurt
gula ( terpulang, klu suka manis,letakla banyak2.. :D )
strawberi ( klu nk cmpur buah2 lain pon bole jugak..! )

cara2:
-pukul fresh cream & gula smpai kembang
-kemudian, msukkan yogurt.. gaul rata..
-masukkan buah2 yang telah dipotong kecil..siap..!

sedia utk dimakan.. slamat mencuba

Wednesday, March 18, 2009

Bubur simple


Bahan-bahan:

1 cawan beras
air secukupnya
1 carrot (potong dadu)
1 kiub ayam
1 biji telur (rebus separuh masak)
garam secukup rasa

Cara-cara
  1. basuh beras
  2. masukkan beras di dalam periuk. Tambah air.
  3. masukkan carrot dan kiub ayam.
  4. tutup periuk, biar sampai menggelegak.
  5. bila dah menggelegak, buka sedikit tudung periuk.
  6. biarkan mereneh sampai masak.
  7. hidang bubur dalam mangkuk.
  8. pecahkan telur rebus di atas bubur.
siap~
p/s: amat sesuai dimasak ketika sedang lapar, tapi tak rajin nak masak @ x de bahan kat dapur. ehe...

Monday, March 16, 2009

Masak lemak cili api


bahan-bahan:
seekor ayam ( bersih & toskan )
1 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
sedikit halia*
kunyit @ serbuk kunyit*
serai 1*
cili api* ( klu xde,guna cili kering pun boleh,tapi jangan letak banyak,nanti berubah warna lak )
santan ( boleh gantikan susu )
ubi kentang
garam secukup rasa
asam keping

=> blenderkan bahan2 yang bertanda *

cara-cara :
1) tumiskan bahan2 blender & ayam ke dalam periuk kemudian tutup.. ( xperlu guna minyak..masukkan terus kedalam periuk )
2) selepas beberapa minit,kacau bahan2 dalam periuk,kemudian masukkan ubi kentang.
3) masukkan santan @ susu.
4) selepas mendidih, masukkan garam & asam keping.
5) selepas kentang empuk, tutup api dan sedia dihidangkan.

selamat mencuba.. =D

Sunday, March 8, 2009

sfuf

cubaan pertama

bahan-bahan:

2 1/4 cawan tepung
1 cawan gula halus
2 cawan badam
1 cawan bijan
1/2 cawan madu
8 sudu butter
1/2 sudu besar serbuk kulit kayu manis
garam

cara-cara
  1. masak tepung sampai coklat. masukkan dalam oven, 180 celcius selama 45 minit. kacau setiap 5 minit.
  2. badam & bijan dimasak sampai rangup. 15 hingga 20 minit. kalau nak senang, masuk oven.
  3. bahagikan badam & bijan tersebut. 2/3 daripadanya dikisar halus, 1/3 daripadanya dikisar kasar.
  4. masukkan tepung, kisaran badam & bijan, kulit kayu manis, gula halus dan garam di dalam satu bekas besar. gaul sebati.
  5. cairkan butter dan campurkan ke dalam bekas tersebut.
  6. masukkan madu. gaul rata.
siap~
p/s:
-kuantiti madu boleh diubahsuai ikut suka, kalau tak nak manis, boleh kurangkan.
-kalau tak nak lembab sangat, boleh kurangkan butter.
-hati-hati semasa masak tepung, jangan sampai hangit. =D

sfuf merupakan makanan manisan di Morocco. mengikut adat, sfuf akan diberi pada tetamu pada majlis akikah. ia juga mudah didapati ketika bulan Ramadhan di rumah-rumah arab.

oh ye.. sebenarnya resepi sebenar sfuf ni saya tak jumpa lagi. hari tu search2 kat tenet, jumpa resepi sellou.(di atas merupakan resepi SELLOU yang telah diubahsuai sbb tak jumpa bahan.. hehe..) so.. nanti bila da berjaya buat sfuf yang betul2 cam arab buat, insyaAllah akan dipost.
~adakah SFUF & SELLOU merupakan satu benda yang sama?
entah... saya pun konfius..

sfuf yang dihidang di rumah pensyarah saya
(sure la arab Morocco)

cubaan ke 2, better than before but tetap tak dapat setaraf dgn sfuf yang arab buat

terlebih cahaya lak gambar ni. ha.. ni je baki sfuf yang tinggal..
tak jadi pun cepat gak habis.. hehe...